Friday, December 30, 2011

!!!!!!!!!! miss u !!!!!!!

assalamualaikum......along kembali ag......
along dalam kesedihan la...... :( :( :(
nk tahu knpe??????
arini c die da blik ke s.alam.......xsmpat pom die nek bas along mntak die jgn blik....xlogik kn permntaan along.....emmmmm nk wt cmner die kne la blik jgak....sbb 'abg' blik nie pom sb ct study week jer.....ct kami plak xsme....die ct sem along bwu start sem....emmmmmm...emmm......
semalam along kuar ngan 'abg'....lpas nie xtahu bile ag dapat kua....emmmmm 'abg' ade kasi along 1 vdeo....khas untukk kteowg....sdih cgt ase time tgk vdeo 2.....tp dalam sdih 2 along ase gembira cgt sb 'abg' sggup wat vdeo untuk along......
kjap jer ase 'abg' blik cn....emmmmm tu pom along xdpt nk g anta 'abg' mse die blik td....along kne ikut mama g psar....akhirnya 'abg' nek bas without me....tu pom bas lmbat cmpai td...kul9 bwu 'abg' nek....along ttp xsmpat blik....kngn kua ngan die xdapt along lupe...along ase epy cgt.....
emmm walaupom 'abg' demam die sgup tman along kua beli barang....cian kat die...bertambah teruk sakit 'abg'.....kne hujan lg....
mlm semalam pom 'abg' anta voice msg kat along...dapat la wat teman along time abg masuk hutan 2mgu nt....msti die xdapat nk call along kan.... :( :( ........ 'abg' klau windu kat ya tgk la vdoe yang abg rakam smalam yer....... (*_*)
ase sedih cgt nk blik smlm....kjap cgt mse berlalu....kua kul 11 kjap jer da kul 3.......eemmm
tp alhamdulillah 'abg' da selamat cmpai kat shah alam......blik study untuk final yer.....chaiyok2 abg........aja-aja fighting.... (*_*)......doa saya sntiase bersame awak.......

p/s :    ya akan tgk sokmo vdeo 2 n dengar voice msg abg 2.................... :(  :(

Tuesday, December 27, 2011

!!!!!!!26 disember 2011!!!!!!!!!!!!!

assalamualaikum.........
along kembali ag.....along nk cter td along pe yang along lalui arini........emmmmm bezzzzzz cgt......
xsgka cgt ma n abah along bg along kua ngan che abg along.....1st time tau ma bg....
emmmmm......along epy cgt....biarpom kami xdating cm owg len........emmmmm dating kerrrrr?????huhuhuhu
tp along ttp epy......eeemmmmmmmm ya epy cgt dapat kua ngan abg arini.....maceh cgt kat ma abah.....mse nk kua ma abah da bg syarat.........bleh nk kua tp jgn g 'pantai' dan 'tgk wayang'........kannnnnnn.......
walaupom kite xde g mne2....tp ckup wat ya kenangkn arini......ciap teman che abg along g wat ic bwu ag....hehehe....g umah che abg along....yang malu yer kat mak...along g pkai slua....owg len pkai gak bju kurung.....nmpak la mnis n ayu ckit.....
alhmdllh ma abah along pom nmpakk xmmbntah........macam ade sokongan dari ma jer....asyikkkk senyum je ma.....abah ciap le tny ag esop xnk g mne2 da ker.....sb dowg tau che abg along ct 4 ai jer..emmmmmm
cian che abg along kopak jgk la wit de untuk along arini.....along ade kasi die jam....lme da beli....beli spsg....nk tgk x???????? alamakkkkk xde la plak......ade simbolik tu kasi jam......hahahahha
nk suh die ingt along sokmo la bak kata ore klate gak...kih3
eemmmmm ktowg xamik gambar pom.......tp xpe....gambar dalam aty da byak......hahahaha.....ase cpt cgt mse berlalu td.......kjp jer da kul 3....emmmmm pape pom smpt blik colat zohor kat umah...hehehe....
nt kite kua ag yer abg......sbnarnye along nie takut nk lintas jln.....takut cgt.....tmbah2 klau kete byak....huiiissshhhh serammmm.....along pom xtahu npe.....klau along sowang nk lintas jln makan la mse 10 mnt gak duk tepi jln 2....along akan pstikan jln btol2 clear......bwu along lints....ade cter mse nk lintas jln mse nk g PSI td mse ps mkn KFC.......we dont hold our hand ok........along ase nk je pgg bju die time lintas.....sy takut n lintas.....serius x tipu....klau ngan ma along pom cm 2 gak....cmpai ma ckap kat along cm bdak2.....hhuhuhu
cmpai cn dlula yer....nt klau ade mse ag along cter ag.....bubbye...

Wednesday, December 21, 2011

!!!!!!!!!JGN NANGIS BACE NI!!!!!

"SESUATU YANG HILANG"
by Cik Waniey |
Nura memerhatikan jam di dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh... dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini. 2.00 pagi.
"Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya. "Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". jawapan yang cukup mengecewakan Nura. "Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat gulai pucuk paku dan tempe goreng kesukaan abang," luah Nura dalam hati. "Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta, kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu.
Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap. "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya. " Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang". Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan khusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat. "Waalaikumusalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Nura pada abang.
"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri. "Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, hai semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal. "Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi. "Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung. "Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah". terang Hilmi. "Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkakan.
Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.
"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas. "Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,". Janji Hilmi. "Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi. "Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.
Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.
"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi... " ayat Hilmi terhenti disitu. "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah Zikri. "Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi. "Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkas Zikri. "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan" jelas Hilmi. "Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?" "Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Hilmi.
Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi di kampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anakdicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang. Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah, demi suami tercinta.
"So you dah tahu I dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya. "I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura? "Abang, Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat. "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura.. Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi. Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada di depan mata setiap hari.. Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.
"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya. "Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi. "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut. "Eh..dah pandai menjawab,"perli Hilmi. Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan. "Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura. "Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan. Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura. "Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi. "Sampai hati abang abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? " dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan. "Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..." Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk. Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.
Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.
"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya Zikri. "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau", tolak Nura. Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya. "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri. "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.
"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah. "Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri. Nura menangis semahunya di bahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya. "Ya, betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi. Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.
Hilmi masih menanti di luar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah. "Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat", terang doktor pada Hilmi. "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi. "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor. "Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura. "Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi.
"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura. "Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi. Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam di halaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital, dan mujur jugak Nura pengsan di halaman, dapat dilihat orang.
"Mama, kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja di rumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat. "Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah." balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat di hospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung.
Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu. Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar. Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.
"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor. "Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar. "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor. "Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."
"Ermmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi. "Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira". pujuk Hilmi menenangkan Nura.
"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air. "Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.
"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah. "Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu. Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.
Abang yang Nura rindui,
Abang, maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang. Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setiap katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa setiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
Abang yang Nura rindui... Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...
Nura rindukan abang... ...Nura rindu sangat dengan abang... ..rindu bang... rindu sangat... .
Sekian,
Ikhlas dari nurani isterimu
Nura Ain Bt. Abdullah

windu........ :(

assalamualaikum......mlm nie along kmbali ag....untuk menitipkn ase aty yang xkeruan.......
along windu cgt kat die....entah ah.....xtahu npe.....mmg klau bleh nk die ade kat depan umah along esop gak....tp xle kan....die jauh......hujung mgu nie bwu die blik....xbek kan long....yea die g blaja bkan nyer g berct....
along pom da jd cm ank2 buah die yang dri sarawak 2...tringat kat ayoh wa.....cian anak2 kak long....nseb bek la ayoh wa sep yo ado ct...klau dop ngan along2 skali xle nk jumpe ngan ayoh wa dowg 2.....cuti tu pom cuti study week....
mlm nie entah ah ape yang jd kat sy....cmpai sembap muke...teruk kan........sy ngis tgk cter aku bukan tomboy.....alasan yang xlogik kan....
awop sokmo pesan kat saya suh ingt awk cmpai ble2....SY XPENAH LUPE AWK CKIT POM TAU...stiap kali sy berdoa xpenah tertgl doa untuk awk,kite selen dari family sy...sy sokmo kn wt awk xsenang aty.....cmpai kne pesan cm 2 td....eeeemmmmm :(

                                       

                                                 sy windu kat owg nie ----------->        

Tuesday, December 13, 2011

DAULAT TUANKU......!!!!!!!!

hari nie bersamaan dengan 13 disember 2011 , SELASA rakyat Malaysia sekali lagi merima seorang lagi Yang Di Pertuan Agong yang ke-14......



















perempuan......

petikan nie dipetik dari koleksi cerita......

 ciri wanita syurga.........

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.


5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.


7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

12. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

13. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.


14. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.


p/s : ALLAH SWT mencipta setiap makhlukNya mempunyai kelebhan dan kekurangan masing-masing....termsuklah diri hamba ini......

Sunday, December 11, 2011

emmmmmm bajjet untuuukkkk tahun 2012....

emmmmmm tarikh gaji untuk taun 2012 da kua...



time untuk bajet perbelanjaan pom bermula untuk sepanjang taun.......huhuhuhu.......emmmm kne la bajet....yang mane nk wat makan,topup ag...nk byar kutu ag.....emmm k gak beli barang peribadi gak kan...kitew kan pompuan mstila nk jgak beli pencuci muka la ape la...bedak ker....tp nsib bek arelong nie xmakeup....kalau x nk kne spend wit nk beli makeup g...aiiisssshhhhh.......DUIT.......DUIT......






skang nie nk msuk toilet pom nk kne gne wit...ishhhh33....emmm nmpaknyer nk kne beli tabung nie....kne start smule smpan wit syilling......almaklumla...le laaaa arelong gne time terdesak...kih3....


papepom....klau xcukup elaun PAMA jgak yag along mntak........hahahaha tp xbyk la.....kan....stakat nk mkn smgu sebelum elaun msuk smula....yela hidup nie kte xle la mewah2....owg ckp kte kne blaja dari susah untuk mnjd senang...klau da biase seng tibe2 jtuh susah x ke parah nanti.......kan....kan.....kan......emmmmmmm.........

carta hati


awk....awk tetep jd juara carta hati sy cmpai ble2...xkan pernah ade owg len....hnya MOHD SHAWAL BIN NORDIN........biarpom sy xpenah ucap kata windu tp sbnarnyer getar aty sy da awk tau kan....sy ingt awk stiap saat...setiap pg bgun jer tdo sy akan dgar sore awk...nk tdo mlm pom sore awk yang sy dgar...tq sb hadir dalam hidup sy...sy pegg jnji awk cmpai ble2...biarpom kte sokmo gaduh2 2 xbermkne sy xcyg awk kan....emmmmmmm......... TERIMA KASIH sb jd sebahagian dari HIDUP SAYA N FAMILY SY....cmpai ble2 pom awk ade tmpat yang cgt istimewa dalam aty sy.....biarpom 1 ai nt sy da xde kat dunia nie....awk tetap akan ade d situ....xkan ade owg yang le usk ruanga aty sy yang tu.....sb 2 awk je yang le duduk.....pertengkaran kecil antara kite sy jdkan panduan n pengalaman sy dalam meneruskan hubungan kite....

Tuesday, December 6, 2011

.........................................................................................................

luse genap 3 bulan kan.....arap cgt kitew kekal cmpai kitew mati...insyllh........
emmmmmmmmmm awk tttttqqqqq cgt2.....sb sabar ngan kenah kitew slame nie.....
time kasihhhh byak2 sb tahan ngan prangai kitew....
kitew sayam awk.......
emmmmm walau cmner pom awk kitew tetap time awk cmner awk time kitew......
tp kite suke kan wat awk trase aty ngan kitew...kitew mntak maf yer....xpernah terniat pom kat aty kitew....ckit pom  x.....xkan la wat owg yang kite sayam cm 2 kan......
kalau awk nk tau awk adlh owg terpenting idup kitew selen ma n abah n adik2....
walaupom skang nie awk bz.....awk ttp ci mse msj @ ckp ngan kitew jgak biarpom awk letih....kadang2 ktew cian tgk awk....tp kaadang2 ase nj majuk gak ngan awk nie.....klau kitew majuk cmner ek........da ah kitew xmkn pujuk....sbbbbbb kitew mkn nasi....hahahahahaha (^_^)......

mmg awk bkn yang pertama tp insyllh sy akn cbe pastikan awk yang terakhir jika mmg saya dari tulang rusuk awk.......

kitew nk tuju lagu untuk awk....






lmbatnyer la kitew le nk jumpe awk.....emmm awk da jnji nk blik ujung bulan nie......blik tau kitew tgu..
asyik le jumpe dalam 3g je.....



comey kan mke die time kecik....huhuhuhu >_< 



emmmmmmm..............