Friday, November 9, 2012

jumaat akhir 1433 hijrah


along kembali lagi ari nie....
ALHAMDULLILLAH kehadrat ILAHI sebab masih membenarkan along menghirup udara ALLAH SWT nie lgi....
seperti yang sedia maklum oleh semua orang....hari nie adalah hari JUMAAT terakhir dalam tahun 1433 Hijrah.....
sedihnyer nk tinggal tahun nie....
tahun nie byak memberi kegembiraan, dan kebahagiaan kepada along dan keluarga serta bakal tunang n keluarganya....
walaupon demikian ada juga terselit UJIAN dari ALLAH SWT yang mana didatangkanNYA kepada kita kesedihan dan kesukaran supaya kita sentiasa mengingatiNYA setiap masa....

hari JUMAAT adalah PENGHULU bagi segala hari....


Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “



hari JUMAAT sangat istimewa kerana hari JUMAAT la  :

  1. Allah ciptakan Adam , 
  2. Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
  3. Allah mematikan Nabi Adam, 
  4. Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
  5. Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.( Riwayat Hadis Muslim )


hari jumaat merupakan hari kelahiran along.....dan along harap dan berdoa...along akn dimatikan pada hari JUMAAT jgak... =(




No comments:

Post a Comment