Thursday, December 13, 2012

wanita!!!!!!!!





Wanita merupakan makhluk ALLAH SWT yang sangat unik . Wanita itu diciptakan oleh Allah indah sekali. ALLAH SWT menciptakan banyak perbezaan antara wanita dengan lelaki. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Wanita memerlukan lelaki untuk membimbingnya menuju jalan yang diredhai ALLAH SWT kerana dalam AL-QURAN ada menyebut bahawa HAWA diciptakan dari organ dalaman ADAM iaitu tulang rusuknya. Ciptaan seorang lelaki xkan lengkap dan sempurna tanpa kehadiran seorang wanita kerana wanita merupakan pelengkap kepada kesempunaan lelaki. Sebab itu ada pepatah lama mengatakan ‘wanita merupakan tulang belakang seorang lelaki’ kerana walaupom pada dasarnya LELAKI nampak hebat tubuh badan TETAPI mereka lemah dalam jiwa dan mental.

Jadi kepada kaum ADAM hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Wanita itu diciptakan dari tulang rusuk lelaki,
Wanita itu sentiasa ingin kekasih di sisi,
Wahai lelaki.....terimalah wanita seadannya ini.
Lelaki diciptakan gagah perkasa,
Lelaki bicaranya mudah buat wanita terasa,
Wahai wanita....terimalah lelaki dengan berpada,
Pesan orang tua.....bertimbang rasalah, bertolak ansurlah...

Untuk bakal ZAUJIku yang tersayang..... MOHD SHAWAL BIN NORDIN

Aku mencintaimu kerana Allah... 
Aku menyayangimu kerana Allah... 
Aku merindukanmu kerana Allah dan.. 
Aku menunggumu kerana Allah .. 
Aku menunggumu untuk menjadi pendamping hidupku, 
Untuk lebih membimbingku dgn tulusmu.
Untuk lebih mengajariku dgn sabar hgga kenikmatan imanku terhadapNya semakin dlm dgn izinNya.
Moga Allah memantapkan hati kita dan mendekatkan kita dijalan yang lebih Ia Redhai.
insya ALLAH.. akan sentiasa menunggu ♥



No comments:

Post a Comment