Tuesday, March 26, 2013

EPY POLICE DAY......206


hai....along kembali menjengah lepas lame menghilangkan diri...huhuhu
lame kan....bkn xnk update...banyak mende nk kongsi tapi.....
xsmua perkara orang bleh tau kan,,,, (',')
bak kata-kata dalam sebuah novel
" rahsia di hati tak siapa yang tau "
hah anda2 tu mesti tau kan novel ape kan......huhuhu

Disebabkan semalam ARI POLIS tetibe je ari nie ase nk update ckit....
along bangga anak seorang anggota keamanan.... ^_^

here's my lovely ABAH...



huhuhu ni pic ABAH yang lame....
kire-kire 13 taun yang lepas...... ^_^
mungkin lepas ni kebanggaan tu bertambah apabila along mnjd 'mem' pada seorang lg anggota keamanan nie....
inshaaAllah tunang along pom akan mengikut jejak abah mertuanya...huhuhu amin....

this my fionce of my life....


untuk mereka pejuang keamanan along mencubekan dri mereka satu sajak..huhuhu
lame da tinggal bidang2 nk reka2 nie..... (',')


PANGLIMA PEJUANG KEAMANANKU

Panglima silamku 
Kau berjuang demi nusa tercinta untuk meraih keamanan
dengan rela menyerahkan jiwa raga untuk tanah air tercinta
Demi melawan musuh bangsa dan negara
Dari zaman kegemilangan Tuk Janggut dan angkatannya
Terus gigih memerah keringat dalam kegelisahan
Bertempur dengan bangsa penjajah tanpa peralatan yang mencukupi
Begitu juga bagaimana tumpasnya Leftanan Adnan dalam pertahankan Bukit Kepong.
Panglima keamananku
Banyak pengorbanan yang kau tabur sejak zaman sebelum merdeka lagi
Kini negara telah bebas dan aman dari jajahan fizikal
Namun masih ada segelintir masyarakat kita dijajah dari segi mental
yang mana mereka sanggup mentomahmu pahlawanku yang sanggup berkorban nyawa demi negara
Kau berkhidmat tanpa mengira waktu walaupun terpaksa meninggalkan keluarga tercinta
Pejuangku
Kau sanggup bergadai nyawa demi kami rakyat Malaysia
Walaupun ada dalam kalangan kami yang tidak pernah menghargaimu
Pengorbananmu disertakan dengan satu tekad
Iaitu keamanan negara yang berterusan
Yang dahulunya didukung teguh oleh Dato Bahamian
Panglimaku
Kini klau digelar angkatan keamanan negara
Berbeza dengan angkatan tentera
Matlamatmu dalam kedaulatan negara bukan den an peperangan
Tetapi kau mengamalkan pendekatan yang lembut untuk menyatupadukan bangsa negara tercinta
mahupun pelbagai kata-kata nista yang dilemparkan kepadamu
Namun semuanya berlalu bagai bayu menghempas pantai
Pahlawan
Kau seharusnya berbangga kerana kau merupakan insan-insan terpilih dalam menjaga keamanan negara
Panglimaku
kau membela negara tanpa mengenal lelah tanpa mengenal jemu tanpa mengenal masa dan tanpa putus asa
Kini saat satu kawasan dalam negara digemparkan dengan serangan pengganas
Kau masih teguh dengan cara kelembutanmu dalam menangani masalah pencerobohan ini
Kerana keamanan menjadi tonggakmu
Mahupun terdapat sesetengah pihak melontarkan keceluparan idea
mentomah akan khidmat yang kau tabur 
Tetapi kau tetap teguh tanpa rebah
Walau ramai anggota keamananmu gugur menyembah bumi
Pejuang 
Ketahuilah panglima-panglima keamanan negaraku
Mengalirnya darah likatmu ke bumi menyemarakkan lagi semangat rakan seangkatanmu untuk berjuang
Pahlawanku gugurmu memberi sejuta makna kepada kami rakyat dan negara
Kerana kaulah perwira sepanjang hayat
nukilan : noramiraathilaibrahim

p/s : kadang-kadang menjawab itu bukan kite mau menjawab tp kadang-kadang itu merupakan cara kite untuk berkomunikasi....mendengar suare lebih lame....dalam menjawab itu akan hadir kata-kata nasihat yang kita tunggu walaupom hal itu kite telah tau...




No comments:

Post a Comment